Okay jom Ash Aswad nak kongsikan serba sedikit tentang misi dan visi serta objektif UUM ini.
Objektif Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Utara Malaysia ditubuhkan untuk mengembangkan dan memajukan pendidikan pengurusan. Program akademiknya tertumpu kepada bidang pengurusan teknologi, logistik dan pengangkutan, komunikasi, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, matematik perniagaan, statistik industri, pengurusan perniagaan, pelancongan,pentadbiran awam, pengurusan sumber manusia, keusahawanan, kewangan, perbankan, undang-undang, pemasaran, kerja sosial, multimedia, pendidikan, sains pemutusan, hal ehwal antarabangsa, pentadbiran muamalat, pengurusan pembangunan, hospitaliti, pengurusan risiko dan insurans, teknologi media, perniagaan tani, dan kaunseling.
Universiti Utara Malaysia juga memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Prasarana dan kemudahan asas yang disediakan serta tenaga manusia di Universiti ini menjadi penggerak kepada kegiatan sosioekonomi yang lain. Di samping pengajaran dan penyelidikan, Universiti ini memberi sumbangan kepada perkembangan sosial, ekonomi dan intelektual di kawasan utara Malaysia. Projek kemasyarakatan sama ada secara sendiri mahupun dengan kerjasama badan-badan kerajaan dan sektor swasta kerap dilaksanakan .
Kesimpulannya, kerangka objektif UUM adalah: 1. Untuk menjadi institusi pendidikan pengurusan yang terkemuka; 2. Untuk menjadi pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan; 3. Untuk menjadi pusat perunding dalam semua aspek pengurusan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Visi Universiti Utara Malaysia (UUM)
Menjadi sebuah universiti pengurusan terkemuka.
Misi Universiti Utara Malaysia (UUM)
Merealisasikan Universiti Utara Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan secara berterusan demi menghasilkan modal insan yang mampu dan beriltizam membangunkan negara dan kemanusiaan.
Untuk latar belakang boleh rujuk Sejarah Dan Latar Belakang UUM.
No comments:
Post a Comment