Friday, 20 December 2013

Objektif Misi Visi UUM Universiti Utara Malaysia

Okay jom Ash Aswad nak kongsikan serba sedikit tentang misi dan visi serta objektif UUM ini.


Objektif Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Utara Malaysia ditubuhkan untuk mengembangkan dan memajukan pendidikan pengurusan. Program akademiknya tertumpu kepada bidang pengurusan teknologi, logistik dan pengangkutan, komunikasi, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, matematik perniagaan, statistik industri, pengurusan perniagaan, pelancongan,pentadbiran awam, pengurusan sumber manusia, keusahawanan, kewangan, perbankan, undang-undang, pemasaran, kerja sosial, multimedia, pendidikan, sains pemutusan, hal ehwal antarabangsa, pentadbiran muamalat, pengurusan pembangunan, hospitaliti, pengurusan risiko dan insurans, teknologi media, perniagaan tani, dan kaunseling.

Universiti Utara Malaysia juga memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Prasarana dan kemudahan asas yang disediakan serta tenaga manusia di Universiti ini menjadi penggerak kepada kegiatan sosioekonomi yang lain. Di samping pengajaran dan penyelidikan, Universiti ini memberi sumbangan kepada perkembangan sosial, ekonomi dan intelektual di kawasan utara Malaysia. Projek kemasyarakatan sama ada secara sendiri mahupun dengan kerjasama badan-badan kerajaan dan sektor swasta kerap dilaksanakan .

Kesimpulannya, kerangka objektif UUM adalah: 1. Untuk menjadi institusi pendidikan pengurusan yang terkemuka; 2. Untuk menjadi pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan; 3. Untuk menjadi pusat perunding dalam semua aspek pengurusan di peringkat nasional dan antarabangsa.



Visi Universiti Utara Malaysia (UUM)
Menjadi sebuah universiti pengurusan terkemuka.



Misi Universiti Utara Malaysia (UUM)
Merealisasikan Universiti Utara Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan secara berterusan demi menghasilkan modal insan yang mampu dan beriltizam membangunkan negara dan kemanusiaan.

Untuk latar belakang boleh rujuk Sejarah Dan Latar Belakang UUM.

Saturday, 1 June 2013

Sejarah Dan Latar Belakang Universiti Utara Malaysia UUM

Sejarah Dan Latar Belakang Universiti Utara Malaysia UUM Sintok Kedah Serta Lokasi Dan Maklumat Yang Menarik


Universiti Utara Malaysia (singkatan: UUM) merupakan universiti yang keenam ditubuhkan di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Cogan kata UUM ialah "Ilmu, Budi, Bakti".

Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini. Pada 19 Oktober 1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan penubuhannya.

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.

Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama, kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman.

Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini siap sepenuhnya pada 1993.Mulai Januari 2008, UUM mencipta sejarah membuat perubahan besar-besaran dari segi penstrukturan. Sebanyak 13 buah Fakulti digabungkan menjadi 3 buah kolej akademik. Kolek akademik ini terdiri daripada Kolej Perniagaan (College of Business- COB),Kolej Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences- CAS)dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Government and International Studies- COLGIS).

Para pelajar pula ditempatkan di 15 Dewan Penginapan Pelajar (DPP). 15 DPP ini mampu menempatkan hampir 20,000 orang mahasiswa. Beruntung uum beri penginapan kepada Ash Aswad DPP ini dinamakan mengikut syarikat- syarikat, institusi dan organisasi terkenal di Malaysia yang turut sama menyumbang ke arah pembangunan universiti ini. Ia terdiri daripada MAS, TENAGA NASIONAL BERHAD, TRADEWINDS, PETRONAS, EON, MISC, SIME DARBY, BSN, TELEKOM MALAYSIA, PROTON, MAYBANK, YAYASAN AL-BUKHARY, BANK MUAMALAT, BANK RAKYAT dan SME BANK. Satu keunikan universiti ini adalah kebanyakan kemudahan yang terdapat di situ terbuka kepada orang ramai.

Selain daripada itu, UUM juga menyediakan kemudahan penginapan yang selesa untuk pelancong yang berkunjung ke sana iaitu di University Inn dan EDC Hotel. Menyedari hakikat kebajikan kakitangan yang berkhidmat dengan universiti, UUm telah menyediakan hampir 600 unit rumah berbagai jenis untuk keselesaan mereka.UUM juga menjadikan kampusnya sebagai sebuah kampus terbuka kepada orang ramai untuk mengunjunginya dan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di dalamnya. Bagi menyokong hasrat ini, UUM turut menyediakan tempat-tempat penginapan di dalam kampus seperti Universiti Inn di samping DPP yang boleh disewa pada masa cuti semester. Universiti Utara Malaysia juga menawarkan tempat penginapan bertaraf hotel iaitu EDC-UUM yang terletak berhampiran pintu masuk utamanya. UUM telah memajukan sebahagian kawasan hutan simpannya seluas 107 hektar sebagai salah satu tarikan pelancongan di wilayah utara dengan mewujudkan beberapa kemudahan seperti padang golf 9 lubang, litar go-kart antarabangsa, kawasan perkhemahan, lapang sasar menembak dan memanah, taman rusa, pusat ekuestrian dan sebagainya.

Penubuhan UUM adalah bagi memenuhi matlamat asas mengisi permintaan guna tenaga yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang pengurusan. Itulah serba sedikit tentang sejarah dan latar belakang uum.


Monday, 1 April 2013

Perkenalan Blog Ash Aswad

Assalamulaikum semua buat semua pengunjung. Sebelum itu terima kasih kerana mengunjungi blog/web Ash Aswad yang tidak seberapa ini. Motif utama blog ini ditubuhkan utama memberi segalan info dan maklumat yang berfaedah terutamanya yang berkaitan dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti pengurusan terkemuka.


Pelbagai input-input akan diselitkan di dalam blog Ash Aswad ini seperti majlis-majlis atau vent-event yang sedang berlaku di UUM dan seluruh Malaysia, kertas soalan peperiksaan (past year) UUM, gambar dan photo galeri sekitar UUM dan tempat-tempat Ash Aswad pergi.

Respon maklum balas yang baik dan negatif juga akan dikongsikan kepada pengunjung-pengunjung Ash Aswad. Okay semoga hampa enjoy dengan blog ni sebarang pertanyaan atau carutan boleh inform kat Aswad nohh.